BEIJING:
Seorang bayi baru lahir yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan
sampah dengan kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih, semalam.
Bayi
perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan
selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg
plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.
Penduduk
tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital
dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu
masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.
“Seluruh
tubuhnya berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya,” katanya.
Polis berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami
kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu.
“Luka
itu begitu dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi
terbabit,” katanya. Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati
serta-merta jika luka berkenaan terkena lebih dalam.
Sumber berkata, bayi terbabit mungkin mangsa dasar mengehadkan setiap keluarga memiliki seorang anak yang diamalkan di China.
Ia
juga mungkin didorong kecenderungan pasangan suami isteri China yang
gemar memiliki anak lelaki berbanding perempuan. Dipercayai bayi
berkenaan lahir pramatang dan mungkin berusia antara 32 dan 24 minggi. –
DM
Sumber
0 komentar:
Posting Komentar